2. Cabaran Ideologi Songsang dalam Masyarakat Malaysia
Ideologi songsang adalah pemikiran atau fahaman yang bertentangan dengan norma-norma sosial, agama, dan undang-undang negara. Ideologi ini seringkali mencetuskan suasana yang tidak aman, menyebarkan kekeliruan, dan mengakibatkan huru-hara dalam masyarakat. Ia boleh wujud dalam pelbagai bentuk, termasuk perlakuan yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisional serta tindakan ekstremis yang boleh menggugat keamanan negara.
1. LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender)
Definisi:
Golongan LGBT merujuk kepada individu yang mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan norma masyarakat dan agama. Dalam konteks Malaysia, perlakuan songsang ini bukan sahaja ditolak dari segi sosial dan agama, tetapi juga dianggap sebagai ancaman terhadap kestabilan moral masyarakat.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada perlakuan LGBT:
- Persekitaran Sosial: Pengaruh rakan sebaya dan media sosial boleh mendorong seseorang terjebak dalam perlakuan ini.
- Kurang Sokongan Keluarga: Ketiadaan kasih sayang dan perhatian daripada keluarga boleh mendorong seseorang mencari pengiktirafan dan penerimaan daripada komuniti LGBT.
- Kesunyian dan Pengalaman Sosial: Faktor-faktor seperti trauma atau pengalaman hidup yang sukar boleh menjadi punca seseorang mencari perlindungan dalam komuniti LGBT.
Kesan Negatif LGBT kepada Masyarakat:
Kajian menunjukkan bahawa perlakuan LGBT boleh membawa kepada penyebaran penyakit berjangkit, masalah kesihatan mental, penceraian, dan penyalahgunaan dadah serta alkohol. Walaupun terdapat perbincangan mengenai hak asasi manusia dalam isu ini, ideologi LGBT tidak boleh dinormalisasikan dalam masyarakat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Perkara 8(2) menegaskan bahawa diskriminasi tidak boleh dilakukan atas dasar agama atau jantina, namun ia tidak harus ditafsirkan secara sewenang-wenangnya untuk menyokong perlakuan LGBT.
2. Terorisme
Definisi:
Terorisme merujuk kepada penggunaan kekerasan yang melampau untuk mencapai matlamat tertentu, seringkali melalui cara yang mengancam keselamatan negara. Ini termasuk penculikan, pembunuhan, dan peperangan yang dilakukan oleh kumpulan radikal. Kumpulan seperti ISIS dan LTTE sering dikaitkan dengan keganasan ini, yang menimbulkan ancaman besar kepada kestabilan negara.
Radikalisme dan Kepentingan Perpaduan dalam Masyarakat Malaysia :
Malaysia telah menghadapi beberapa insiden yang melibatkan keganasan, antaranya Peristiwa 13 Mei 1969 dan Peristiwa Kampung Medan 2001. Kedua-dua kejadian ini mengingatkan kita tentang bahaya radikalisme dan kepentingan memupuk toleransi dan perpaduan antara kaum dan agama.
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep Unity in Diversity (Perpaduan dalam Kepelbagaian), yang sangat menitikberatkan sifat hormat menghormati walaupun terdapat perbezaan budaya, bangsa, dan agama. Sehubungan itu, tindakan ekstrem atas nama agama atau bangsa tidak seharusnya wujud dalam masyarakat Malaysia yang berpegang kepada Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Rujukan : 1) Isu Ideologi Sesat dan Penganiayaan Agama
Comments
Post a Comment