5. Peranan Institusi & Kerajaan dalam Menangani Ideologi Songsang

Institusi kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan ideologi songsang tidak merebak dalam masyarakat. Melalui undang-undang dan dasar-dasar yang tegas, pihak kerajaan boleh mengambil langkah untuk mengurangkan pengaruh negatif ini.


1. Peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)



Definisi:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengurus hal ehwal Islam di peringkat persekutuan. JAKIM memainkan peranan dalam memantau, menyelaras, dan memastikan pelaksanaan dasar-dasar Islam, termasuk penerbitan fatwa, pengurusan halal, dan pemantauan kandungan media yang menyentuh sensitiviti agama Islam.


Peranan JAKIM amat penting dalam Malaysia disebabkan:

  • Untuk memastikan keharmonian dan kesepaduan umat Islam di Malaysia melalui penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam di seluruh negara.

  • Dapat menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam tentang ajaran Islam melalui pendidikan dan kempen kesedaran.

  • Mengawal penyebaran maklumat yang salah tentang agama Islam melalui pemantauan kandungan media.


  • 2. Penggubalan Undang-Undang yang Tegas





    Definisi:

    Penggubalan undang-undang yang tegas merujuk kepada usaha kerajaan untuk memperkenalkan peraturan yang jelas dan kukuh bagi mengawal isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan, moral, dan kesejahteraan rakyat. Ini termasuk undang-undang berkaitan keselamatan siber, kesalahan jenayah, dan juga penguatkuasaan undang-undang Syariah.


    Punca-punca penggubalan undang-undang yang tegas:

  • Peningkatan kadar jenayah siber dan pelanggaran hak digital yang mengancam keselamatan negara.

  • Kebimbangan terhadap penyebaran ajaran sesat atau maklumat yang tidak sahih mengenai agama dan moral masyarakat.

  • Perlunya undang-undang yang jelas dan konsisten dalam menguruskan pelbagai isu yang berkaitan dengan keselamatan sosial dan agama.


  • 3. Peranan Kementerian Komunikasi dan Digital




    Definisi:

    Kementerian Komunikasi dan Digital memainkan peranan penting dalam mengawal selia bidang komunikasi dan teknologi maklumat di Malaysia. Tugas utama kementerian ini termasuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan penyiaran, komunikasi digital, dan keselamatan siber, serta mempromosikan literasi digital di kalangan rakyat.


    Peranan Kementerian Komunikasi dan Digital adalah untuk:

  • Menyediakan rangka kerja dan infrastruktur yang kukuh untuk pembangunan teknologi digital yang selamat dan mampan.

  • Memastikan kandungan media dan digital yang disebarkan adalah selamat, sahih, dan tidak menyalahi undang-undang.

  • Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital dan penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.




  • 4. Peranan Kementerian Pendidikan




    Definisi:

    Kementerian Pendidikan bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan sistem pendidikan negara, termasuk kurikulum yang mencerminkan nilai-nilai moral, agama, dan sosial yang baik. Ia juga terlibat dalam menyediakan pendidikan yang inklusif dan menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia.


    Punca-punca Kementerian Pendidikan di Malaysia:

  • Keperluan untuk menanamkan nilai-nilai moral dan akhlak sejak di bangku sekolah bagi membina masyarakat yang harmoni.

  • Peningkatan isu sosial seperti buli siber, pelanggaran hak digital, dan penyalahgunaan media sosial di kalangan pelajar.

  • Tanggungjawab mendidik generasi muda untuk berhadapan dengan cabaran dunia digital yang kian pesat berkembang.

  •                  2) Kementerian Komunikasi dan Digital. (2023).
                     3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
                     4) Laporan Tahunan Keselamatan Siber Malaysia (2023)
                     5) BERITA rtm

    Comments

    Popular posts from this blog

    1. Pendahuluan

    2. Cabaran Ideologi Songsang dalam Masyarakat Malaysia

    10. Video yang berkaitan dengan Pengaruh Ideologi Songsang Dalam Kalangan Anak Muda